Sunday, March 6, 2011

Perlukah latihan untuk tendangan penalti?



Bintulu, 6 Mac 2011, beliau pernah mengambil penalti semasa latihan. tendangan juga agak bertenaga, namun kali ini tidak berbisa, lemah dan tersasar. Kenapa? Katanya, gugup masa nak tendang. Inilah tekanan yang selalu dialami oleh pemain amatur yang diberi tanggungjawab mengambil penalti. Bagaimanapun pasukannya menang 3-1 mengatasi lawan. Tahniah.

Pemain tengah St Anthony FC berhasrat menyertai Sabezau

Bintulu, 6 Mac 2011, Pemain tengah pasukan St Anthony yang dilihat agak lincah mengatur gerakan telah menarik perhatian pihak pengurusan Sabezau FC. Dalam pada itu beliau turut menyatakan hasrat untuk bersama pasukan elit Sabezau FC. Namun hasrat pemain tengah yang lincah ini mungkin terbantut dengan saiz fizikalnya agak kecil untuk menyertai skuad utama Sabezau. Hasratnya juga mungkin tidak kesampaian apabila dikhabarkan beliau akan terus berhijrah ke pantai timur tanah air pada pertengahan musim ini. Apapun KSS merakamkan tahniah dan syabas atas kejayaan St Anthony FC menundukkan SK Tanjung Batu dengan jaringan 3 gol berbalas 1