Sunday, April 28, 2013

Match ke-7 yang mendebarkan

Setelah beberapa minggu berehat kerana kesibukan jadual dan aktiviti di sekolah akhirnya pasukan Sabezau FC dapat kembali beraksi di padang. Perlawanan ke 7 ini menyaksikan Sabezau FC menentang pasukan yang hebat daripada Tatau iaitu SMK Tatau.

Pasukan daripada Tatau ini datang dengan jumlah yg agak ramai dan dengan semangat yang tinggi mungkin kerana baru mendapat jersi baru dan membeli kasut baru. Pada aksi kali ini pasukan SMK Tatau memakai jersi Kuning iaitu jersi pasukan Liga Super Pahang. Manakala pasukan Sabezau masih lagi dengan jersi keramat Merah mereka.

Perlawanan bermula dengan rancak sekali apabila pasukan daripada Tatau ini mendahului seawal 5 minit yang pertama. Mereka kemudiannya terus menggasak kubu pertahanan Sabezau FC dan akhirnya menjaringkan gol demi gol. Kesilapan pertahanan iaitu Azizan yang menjaringkan gol sendiri menambah luka pasukan. Walau pun begitu semangat juang setiap pemain belum padam, serangan demi serangan dilancarkan dan akhirnya kita berjaya menembusi pertahanan mereka dan menjaringkan 2 gol sebelum separuh masa pertama tamat. Keputusan sebelum rehat adalah 4-2.

Besambung separuh masa ke-2, pasukan Sabezau semakin garang menggasak ke kubu lawan. Strategi yang diatur semasa rehat dilihat sedikit sebanyak berjaya memperbaiki kecacatan pada awal perlawanan. Akhirnya Sabezau FC berjaya menjaringkan dua gol lagi dan menjadikan keputusan seri sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sesungguhnya hari ini pasukan Sabezau menghadapi sebuah pasukan yang kuat. Perlawanan pada hari ini juga dapat menunjukkan sejauh mana persefahaman antara setiap pemain. Dinasihatkan agar setiap pemain tidak bermain secara individu dan tamak bila dihadapan gol. Kita berpeluang menjaringkan lebih banyak gol sebenarnya. Setiap pemain harus memberi sokongan kepada rakan sepasukan dan berkomunikasi dengan baik di atas padang.