Friday, December 31, 2010

Penampilan Pertama Team Futsal Sabezau Menggunakan Jersi Baharu

Bintulu 31 Disember. - Dengan menggunakan jersi baharu berwarna hijau Pasukan Futsal Sabezau turun sebagai aksi pemanas badan menentang pasukan Bandar FC yang berkesudahan dikira seri setelah kedua- pasukan gagal menjaringkan gol setelah pihak pengurusan saturn mengarahkan dilakukan 'last goal' bagi menamatkan perlawanan. Bagaimanapun kedua-dua pasukan gagal dalam misi menamatkan perlawanan. Namun sebenarnya mengikut kiraan gol Sabezau berjaya mengatasi jaringan bandar FC.

SIARAN MEDIA KSS: TAHNIAH HARIMAU MALAYA

KSS merakamkan syabas dan tahniah untuk skuad bola sepak Malaysia atas kejayaan membawa pulang piala AFF Suzuki. KSS bersama seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan perisytiharan cuti umum oleh kerajaan pada 31 Disember dan 2 Januari oleh kerajaan negeri Kelantan yang walaupun seluruh ahli KSS tidak pernah menikmati cuti tersebut. Tiada yang lebih dibanggakan melainkan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia untuk skuad kebangsaan. Bagaimanapun KSS melahirkan rasa kecewa apabila masih ada pihak yang percayakan tuah warna jersi dalam menentukan kejayaan skuad negara.

Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN

Kuala Lumpur, 26 Dis. Pasukan Bola Sepak Kebangsaan berjaya melakar sejarah dengan menundukan keangkuhan pasukan Indonesia. Berbekalkan kelebihan 3 gol tanpa balas, pasukan kebangsaan dijangka lebih bersemangat untuk bertandang ke Indonesia dalam misi membawa pulang piala berprestij, Piala AFF Suzuki bagi musim 2010. KSS merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan pasukan kebangsaan. Dalam pada itu KSS melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penonton yang cuba mengganggu kelancaran permainan dengan tindakan yang boleh dianggap mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang tidak matang. Justeru insiden yang bakal menjadi topik utama seluruh media indonesia bakal mencetus suasana yang tidak baik dalam perlawanan timbal balik di stadium Indonesia kelak.

Bagaimanapun, seperti yang perkatakan sokongan padu penonton berjaya membangkitkan semangat juang pasukan negara sekaligus berjaya bangkit membolosi gawang Indonesia bertubi-tubi. KSS melihat pasukan kebangsaan bakal membawa pulang Piala AFF Suzuki kali ini sekiranya berjaya memperolehi gol terlebih dahulu pada perlawanan akhir kedua nanti. Dalam permainan bola sepak, objektif tunggal ialah menjaringkan gol, justeru tiada istilah bertahan perlu dirancang, sebaliknya pasukan kebangsaan harus memburu gol demi gol dalam misi memjuarai Piala AFF Suzuki 2010. KSS mengucapkan tahniah dan teruskan langkah dengan lebih bergaya. 

Saturday, December 25, 2010

SIARAN MEDIA KSS: SOKONGAN PENUH TERHADAP PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN

Bintulu, 26 Dis 2010, Kelab Sukan Sabezau, KSS dengan bangganya menyiarkan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan bola sepak kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih K Rajagobal dalam misi memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki. KSS melihat tidak mustahil pasukan kebangsaan mampu menundukkan keangkuhan kesebelasan utama Indonesia dengan sokongan padu penyokong-penyokong setia pasukan kebangsaan. KSS cukup optimis kemampuan pasukan kebangsaan dengan sorakan penyokong setia, ianya mampu menggugat kewibawaan pasukan pelawat. Faktor penyokong tidak boleh dinafikan dan ianya mampu menyumbang satu suasana yang mampu mempengaruhi permainan secara psikologi. Perkara ini pernah dibuktikan dengan kejayaaan pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia dengan sokongan padu para penyokong The Red Warriors yang tiada tandingannya dalam sejarah bola sepak negara.

Bagaimanapun KSS agak terkilan dengan tahap sokongan dan kerjasama beberapa pihak daripada agensi kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu menjadikan sukan bola sepak negara untuk dilihat lebih menarik. Perkara ini dapat dilihat bagaimana Radio dan Televisyen malaysia RTM yang hanya bersetuju menyiarkan siaran secara langsung setelah didesak oleh pelbagai pihak. Sedangkan sebagai sebuah badan penyiaran milik penuh kerajaan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi suatu masalah yang perlu didesak oleh mana-mana pihak. Namun ini hakikatnya, siaran bagi perlawanan separuh akhir hanya disiarkan setelah perlawanan berlalu selama tiga puluh minit.

Thursday, December 23, 2010

JADUAL MUSIM 2011


CADANGAN JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK MELIBATKAN SABEZAU FC MUSIM 2011

BIL
PERLAWANAN
1
SABEZAU FC  vs BINTULU FC
2
SABEZAU FC  vs KIDURONG FC
3
SABEZAU FC  vs ASSYAKIRIN FC
4
SABEZAU FC  vs SEBAUH FC
5
SABEZAU FC  vs SMK BANDAR FC
6
SABEZAU FC  vs BINTECH FC
7
SABEZAU FC  vs TATAU FC

·         Semua perlawanan akan diadakan pada suatu tarikh dan masa yang belum ditetapkan.

Friday, December 10, 2010

JAWATANKUASA KELAB SUKAN SABEZAU MUSIM 2011

Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK :
Bola Sepak :
Futsal :
Badminton :









 

Thursday, December 9, 2010

Sabezau FC musim 2011


" Bagi persediaan musim baharu 2011 Sabezau FC akan menggunakan jersi baharu berwarna hijau muda. "


Ahli-ahli kelab adalah digalakkan memilikinya dan bersama-sama mengikuti aktiviti yang akan diatur sepanjang musim 2011.