Saturday, December 25, 2010

SIARAN MEDIA KSS: SOKONGAN PENUH TERHADAP PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN

Bintulu, 26 Dis 2010, Kelab Sukan Sabezau, KSS dengan bangganya menyiarkan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan bola sepak kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih K Rajagobal dalam misi memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki. KSS melihat tidak mustahil pasukan kebangsaan mampu menundukkan keangkuhan kesebelasan utama Indonesia dengan sokongan padu penyokong-penyokong setia pasukan kebangsaan. KSS cukup optimis kemampuan pasukan kebangsaan dengan sorakan penyokong setia, ianya mampu menggugat kewibawaan pasukan pelawat. Faktor penyokong tidak boleh dinafikan dan ianya mampu menyumbang satu suasana yang mampu mempengaruhi permainan secara psikologi. Perkara ini pernah dibuktikan dengan kejayaaan pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia dengan sokongan padu para penyokong The Red Warriors yang tiada tandingannya dalam sejarah bola sepak negara.

Bagaimanapun KSS agak terkilan dengan tahap sokongan dan kerjasama beberapa pihak daripada agensi kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu menjadikan sukan bola sepak negara untuk dilihat lebih menarik. Perkara ini dapat dilihat bagaimana Radio dan Televisyen malaysia RTM yang hanya bersetuju menyiarkan siaran secara langsung setelah didesak oleh pelbagai pihak. Sedangkan sebagai sebuah badan penyiaran milik penuh kerajaan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi suatu masalah yang perlu didesak oleh mana-mana pihak. Namun ini hakikatnya, siaran bagi perlawanan separuh akhir hanya disiarkan setelah perlawanan berlalu selama tiga puluh minit.

No comments:

Post a Comment