Monday, February 17, 2014

PERTAHANAN SABEZAU FC BAKAL BERHIJRAH

Bintulu, Isnin 17 Februari 2014, Sabezua FC bakal kehilangan tonggak pertahanan setelah dikhabarkan beliau bakal berhijrah ke sebuah negeri oposisi di semenanjung tanah air. Penghijrahan ini juga dilihat seolah-olah detik permulaan persaraan beliau. Bagaimanapun kedudukan Sabezau FC diharapkan terus kukuh dibawah presiden baru yang bakal menerima tanggungjawab seawal minggu hadapan. Justeru presiden baru akan memainkan peranan yang paling penting dalam mengatur perlawanan dengan maksud mencari pasukan lawan dan membuat tempahan padang. Jawatankuasa tertinggi melihat antara tokoh pengganti yang berpotensi ialah saudara M Hishabuddin. Semoga Sabezau terus maju jaya.
- Setiausa Agung Sabezau FC 

Sunday, April 28, 2013

Match ke-7 yang mendebarkan

Setelah beberapa minggu berehat kerana kesibukan jadual dan aktiviti di sekolah akhirnya pasukan Sabezau FC dapat kembali beraksi di padang. Perlawanan ke 7 ini menyaksikan Sabezau FC menentang pasukan yang hebat daripada Tatau iaitu SMK Tatau.

Pasukan daripada Tatau ini datang dengan jumlah yg agak ramai dan dengan semangat yang tinggi mungkin kerana baru mendapat jersi baru dan membeli kasut baru. Pada aksi kali ini pasukan SMK Tatau memakai jersi Kuning iaitu jersi pasukan Liga Super Pahang. Manakala pasukan Sabezau masih lagi dengan jersi keramat Merah mereka.

Perlawanan bermula dengan rancak sekali apabila pasukan daripada Tatau ini mendahului seawal 5 minit yang pertama. Mereka kemudiannya terus menggasak kubu pertahanan Sabezau FC dan akhirnya menjaringkan gol demi gol. Kesilapan pertahanan iaitu Azizan yang menjaringkan gol sendiri menambah luka pasukan. Walau pun begitu semangat juang setiap pemain belum padam, serangan demi serangan dilancarkan dan akhirnya kita berjaya menembusi pertahanan mereka dan menjaringkan 2 gol sebelum separuh masa pertama tamat. Keputusan sebelum rehat adalah 4-2.

Besambung separuh masa ke-2, pasukan Sabezau semakin garang menggasak ke kubu lawan. Strategi yang diatur semasa rehat dilihat sedikit sebanyak berjaya memperbaiki kecacatan pada awal perlawanan. Akhirnya Sabezau FC berjaya menjaringkan dua gol lagi dan menjadikan keputusan seri sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sesungguhnya hari ini pasukan Sabezau menghadapi sebuah pasukan yang kuat. Perlawanan pada hari ini juga dapat menunjukkan sejauh mana persefahaman antara setiap pemain. Dinasihatkan agar setiap pemain tidak bermain secara individu dan tamak bila dihadapan gol. Kita berpeluang menjaringkan lebih banyak gol sebenarnya. Setiap pemain harus memberi sokongan kepada rakan sepasukan dan berkomunikasi dengan baik di atas padang.

Monday, February 25, 2013

Kemenangan ke-3 berturut-turut

Sabezau FC sekali lagi melakarkan kemenangan buat kali yang ke tiga untuk musim 2013. Perlawanan menentang SMK Bintulu pada 24 Febuari lalu berlansung dengan amat sengit sekali. Pertembungan antara kedua pasukan amat dinanti-nanti sebaik sahaj musim 2013 bermula. Rekod kalah dan menang saling bersilih ganti apabila kedua-dua pasukan ini bertemu di padang.
          Pasukan Sabezau turun penuh bersemangat pada hari ini berbekalkan jersi baru berwarna merah yang tertera nama pasukan di dada. Perlawanan yang bermula lebih kurang 4.30 petang di padang UPM Bintlu ini dimulakan dengan aksi ghairah pasukan Sabezau yang telah berjaya menembusi gawang pihak lawan seawal 20 saat yang pertama yang mana Hisyabudin telah mencatat nama sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol. Keghairahan Sabezau FC tidak kekal lama apabila pasukan lawan berjaya membalas gol pertama mereka tadi dengan jaringan penyamaan 15 saat selepas pengadil meniupkan wisel di tengah padang.
          Semangat pemain tidak luntur begitu sahaja namun mereka terus mempamer aksi menarik dan hasilnya jaringan kedua berjaya dihasilkan oleh Hisyabudin menerusi sepakan percuma apabila seorang pemain Sabezau dikasari berhampiran petak gol di penghujung babak pertama.
          Babak kedua bermula dengan rancak dan jaringan demi jaringan berjaya dihasilkan menerusi Zulkhairi dan Atthahiri yang naik ke atas membantu jentera serangan. Keputusan akhir Sabezau FC (4), SMK Bintulu (2). Diharapkan para pemain dapat mengekalkan kecemerlangan untuk perlawanan yang seterusnya.







Sunday, February 24, 2013

Admin Baru!!!

Saya Cikgu Hadi atau lebih suka dipanggil Pok Su mengambil alih tugas sebagai admin blog kelab sukan sabezau untuk tahun 2013 daripada admin asal iaitu Ustaz Sham. Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk ubah sedikit blog ini jadi harap bersabar jika isi kandungan blog ini masih belum mantap... Majulah Sukan Untuk Sabezau, hehe..

Friday, September 9, 2011

SABEZAU BAKAL KEHILANGAN PERTAHAN KENTAL

Bintulu, 9 Sep. 2011, selaku bekas Ketua Jabatan Sains & Matematik, beliau tentu sekali mempunyai skil (bacaan orang kelantan yang diterjemahkan sebagai pembaris) yang bermacam-macam bentuk untuk tujuan mengajar matematik. Lebih menarik lagi kekentalan beliau bersama barisan pertahanan Sabezau FC amat menyukarkan pihak lawan untuk menembusi kubu Sabezau. Namun malang bakal menimpa pasukan Sabezau apabila beliau dikhabarkan bakal berhijrah ke Utara tanah air. kemungkinan perlawanan pembuka tirai Sabtu ini merupakan penampilan terakhir beliau bersama Sabezau FC. Apapun yang bakal diteruskan oleh beliau, pihak pengurusan KSS merakamkan selamat maju jaya dan kenangan bersama dalam pasukan tidak dapat lupakan.