Monday, February 25, 2013

Kemenangan ke-3 berturut-turut

Sabezau FC sekali lagi melakarkan kemenangan buat kali yang ke tiga untuk musim 2013. Perlawanan menentang SMK Bintulu pada 24 Febuari lalu berlansung dengan amat sengit sekali. Pertembungan antara kedua pasukan amat dinanti-nanti sebaik sahaj musim 2013 bermula. Rekod kalah dan menang saling bersilih ganti apabila kedua-dua pasukan ini bertemu di padang.
          Pasukan Sabezau turun penuh bersemangat pada hari ini berbekalkan jersi baru berwarna merah yang tertera nama pasukan di dada. Perlawanan yang bermula lebih kurang 4.30 petang di padang UPM Bintlu ini dimulakan dengan aksi ghairah pasukan Sabezau yang telah berjaya menembusi gawang pihak lawan seawal 20 saat yang pertama yang mana Hisyabudin telah mencatat nama sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol. Keghairahan Sabezau FC tidak kekal lama apabila pasukan lawan berjaya membalas gol pertama mereka tadi dengan jaringan penyamaan 15 saat selepas pengadil meniupkan wisel di tengah padang.
          Semangat pemain tidak luntur begitu sahaja namun mereka terus mempamer aksi menarik dan hasilnya jaringan kedua berjaya dihasilkan oleh Hisyabudin menerusi sepakan percuma apabila seorang pemain Sabezau dikasari berhampiran petak gol di penghujung babak pertama.
          Babak kedua bermula dengan rancak dan jaringan demi jaringan berjaya dihasilkan menerusi Zulkhairi dan Atthahiri yang naik ke atas membantu jentera serangan. Keputusan akhir Sabezau FC (4), SMK Bintulu (2). Diharapkan para pemain dapat mengekalkan kecemerlangan untuk perlawanan yang seterusnya.







No comments:

Post a Comment