Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN

Kuala Lumpur, 26 Dis. Pasukan Bola Sepak Kebangsaan berjaya melakar sejarah dengan menundukan keangkuhan pasukan Indonesia. Berbekalkan kelebihan 3 gol tanpa balas, pasukan kebangsaan dijangka lebih bersemangat untuk bertandang ke Indonesia dalam misi membawa pulang piala berprestij, Piala AFF Suzuki bagi musim 2010. KSS merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan pasukan kebangsaan. Dalam pada itu KSS melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penonton yang cuba mengganggu kelancaran permainan dengan tindakan yang boleh dianggap mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang tidak matang. Justeru insiden yang bakal menjadi topik utama seluruh media indonesia bakal mencetus suasana yang tidak baik dalam perlawanan timbal balik di stadium Indonesia kelak.

Bagaimanapun, seperti yang perkatakan sokongan padu penonton berjaya membangkitkan semangat juang pasukan negara sekaligus berjaya bangkit membolosi gawang Indonesia bertubi-tubi. KSS melihat pasukan kebangsaan bakal membawa pulang Piala AFF Suzuki kali ini sekiranya berjaya memperolehi gol terlebih dahulu pada perlawanan akhir kedua nanti. Dalam permainan bola sepak, objektif tunggal ialah menjaringkan gol, justeru tiada istilah bertahan perlu dirancang, sebaliknya pasukan kebangsaan harus memburu gol demi gol dalam misi memjuarai Piala AFF Suzuki 2010. KSS mengucapkan tahniah dan teruskan langkah dengan lebih bergaya. 

No comments:

Post a Comment