Friday, December 31, 2010

SIARAN MEDIA KSS: TAHNIAH HARIMAU MALAYA

KSS merakamkan syabas dan tahniah untuk skuad bola sepak Malaysia atas kejayaan membawa pulang piala AFF Suzuki. KSS bersama seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan perisytiharan cuti umum oleh kerajaan pada 31 Disember dan 2 Januari oleh kerajaan negeri Kelantan yang walaupun seluruh ahli KSS tidak pernah menikmati cuti tersebut. Tiada yang lebih dibanggakan melainkan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia untuk skuad kebangsaan. Bagaimanapun KSS melahirkan rasa kecewa apabila masih ada pihak yang percayakan tuah warna jersi dalam menentukan kejayaan skuad negara.

No comments:

Post a Comment